Terima kasih Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

SALUTASI (Akan diberikan pada hari program.)

TRANSFORMASI KEMAS MEMPERKASA PENDIDIKAN AWAL DAN KOMUNITI

1. KEMAS terus diperkasakan sebagai peneraju pendidikan awal negara

• Mengoperasikan 10,538 kelas TABIKA dan 575 kelas TASKA KEMAS di seluruh negara, sekali gus memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan awal yang berkualiti.

• Pelaksanaan Sistem EduCeria mulai 1 Mei hingga 31 Julai 2026 memudahkan ibu bapa membuat permohonan TABIKA dan TASKA KEMAS secara dalam talian, selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

2. Memperkukuh Pendidikan awal yang lebih holistik

• Program Pra Tahfiz KEMAS diperluaskan daripada hanya 100 kelas pada tahun 2023 kepada 9,729 kelas TABIKA di seluruh negara.

• Pelaksanaan Smart Pra Tahfiz dan Smart Classroom@KEMAS menggabungkan pendidikan awal, penguasaan teknologi dan nilai murni bagi melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.

• Menjelang 2027, KEMAS menyasarkan sekurangkurangnya satu Smart Classroom dan satu TABIKA Tunas Istimewa diwujudkan di setiap daerah bagi memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif.

3. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat 

• KEMAS terus memperluaskan latihan kemahiran dalam bidang jahitan, masakan, dandanan diri, komputer, seni tangan dan pembangunan usahawan bagi meningkatkan kebolehpasaran serta peluang menjana pendapatan.

• Program Pendidikan Literasi Fungsian turut diperluaskan kepada literasi Bahasa Inggeris dan literasi digital supaya masyarakat luar bandar lebih bersedia menghadapi ekonomi digital.

4. Memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan

• Pendidikan awal kanak-kanak di kawasan FELDA diselaraskan secara berfasa di bawah KEMAS bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih tersusun.

• Penubuhan High Level Committee Pendidikan Awal Kanak-Kanak dicadangkan bagi memperkukuh dasar pendidikan awal negara.

• Kerjasama strategik bersama JAKIM diperkasakan bagi memperluas pendidikan masyarakat serta pensijilan halal kepada usahawan luar bandar.

5. KEMAS NEGERI SEMBILAN

• Pada tahun 2026, KEMAS memperuntukkan RM965,000 bagi melaksanakan Program Pendidikan Kemahiran dan Pembangunan Komuniti di Negeri Sembilan.

• Sebanyak RM480,000 diperuntukkan bagi program kemahiran melibatkan bidang jahitan, masakan, dandanan diri, komputer, seni tangan serta latihan dan pembangunan usahawan.

• Sebanyak RM485,000 lagi disalurkan bagi menjayakan 124 Program Pembangunan Komuniti yang memberi manfaat kepada 7,050 peserta melalui Program Pembangunan Insan, Pusat Sumber dan Pembangunan Minda Komuniti.

• Program-program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran dan pengetahuan masyarakat, malah membuka peluang penjanaan pendapatan, memperkukuh kesejahteraan komuniti serta melahirkan masyarakat luar bandar yang lebih berdaya saing.

POTENSI NEGERI SEMBILAN 

6. Kita tidak menafikan pencapaian Negeri Sembilan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Pada 2025, negeri ini merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM19.1 bilion, pencapaian tertinggi dalam sejarah negeri. Ekonomi Negeri Sembilan pula berkembang 4.6 peratus pada 2024, sebelum mencatat pertumbuhan 2.6 peratus pada 2025.

7. Tetapi hakikatnya, pencapaian ini tidak berlaku secara kebetulan. Asas kepada pertumbuhan Negeri Sembilan telah dibina sejak pentadbiran Barisan Nasional melalui pembangunan pusat-pusat pertumbuhan baharu seperti Seremban 2, Nilai, Bandar Enstek dan Sendayan, memperluaskan kawasan perindustrian serta meletakkan asas kepada pembangunan Malaysia Vision Valley. Pada masa yang sama, pembangunan luar bandar, FELDA, pendidikan dan kemudahan asas terus diperkasakan supaya manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

8. Barisan Nasional telah membina asas tersebut, dan hari ini kita mahu memastikan asas itu kembali diperkukuhkan agar Negeri Sembilan mampu melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

9. Dunia sedang memasuki gelombang pelaburan baharu dalam sektor semikonduktor, pusat data, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan ekonomi digital. Saya percaya, Negeri Sembilan mempunyai kedudukan strategik untuk menjadi antara penerima manfaat utama sekiranya mempunyai kepimpinan yang mampu merancang dan merebut peluang ini.

10. Sebagai contoh, pelaksanaan Large Solar Scale 6 (LSS6) dijangka menarik pelaburan swasta sehingga RM15 bilion dan mewujudkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan yang juga dimulakan oleh pentadbiran Barisan Nasional.

TAWARAN BARISAN NASIONAL

11. Kepimpinan yang berwibawa dan terbukti

Barisan Nasional menawarkan kepimpinan yang berpengalaman, stabil dan tahu mentadbir. Rekod pembangunan Negeri Sembilan sebelum ini membuktikan bahawa apabila wujud kepimpinan yang berkesan, keyakinan pelabur meningkat, ekonomi berkembang dan peluang dapat dinikmati oleh rakyat.

12. Lebih banyak peluang pekerjaan melalui TVET Barisan Nasional akan memberikan tumpuan khusus kepada TVET kerana inilah antara laluan paling pantas untuk melahirkan tenaga kerja mahir, meningkatkan pendapatan anak-anak muda dan memenuhi keperluan industri masa depan.

Negeri Sembilan mempunyai asas perindustrian yang kukuh. Sektor pembuatan dianggarkan menyumbang sekitar 40 peratus kepada KDNK negeri, dengan nilai tambah melebihi RM20 bilion setahun, khususnya dalam industri elektrik dan elektronik, produk logam, mineral bukan logam, bahan kimia serta plastik.

Sebab itu, apabila Kerajaan memperuntukkan RM7.9 bilion untuk memperkukuh ekosistem TVET negara, anakanak Negeri Sembilan mesti menjadi antara penerima manfaat utama. Kita mahu cipta lebih banyak perkerjaan di Negeri Sembilan dan memastikan anak-anak muda memiliki kemahiran yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan berkualiti, pendapatan lebih baik dan masa depan yang lebih terjamin.

13.Memajukan desa sebagai pusat pertumbuhan baharu Barisan Nasional percaya pembangunan Negeri Sembilan tidak boleh tertumpu kepada bandar-bandar utama seperti Seremban sahaja. Negeri ini mempunyai kekuatan yang jauh lebih luas — kampung tradisi, kawasan FELDA, produk tempatan, warisan adat, pelancongan desa, pertanian, makanan, kraftangan dan komuniti luar bandar yang mempunyai potensi ekonomi tersendiri.

Sebab itu, kita mahu menjadikan desa sebagai pusat pertumbuhan baharu. Melalui latihan e-dagang, pemasaran digital, peningkatan kualiti produk, pembungkusan, penjenamaan dan peluasan akses pasaran, lebih banyak produk dari kampung, FELDA dan usahawan desa Negeri Sembilan boleh dipasarkan bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi juga ke seluruh negara dan luar negara.

KOMITMEN KKDW DALAM MEMPERKASA LUAR BANDAR

14. Komitmen KKDW telah diterjemahkan melalui pelaksanaan projek yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Pada tahun 2026, KKDW melaksanakan 68 projek pembangunan di Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak RM158.66 juta.

15. Di Parlimen Seremban, KKDW memperuntukkan RM2.76 juta bagi melaksanakan 4 projek dan 23 subprojek yang memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana, kesejahteraan rakyat dan pembangunan modal insan.

16. Antara tumpuan utama ialah pembinaan dan naik taraf Jalan Perhubungan Desa (JPD) bernilai RM2.03 juta melibatkan 15 subprojek di kawasan seperti Lenggeng, Pantai, Rantau dan Kuala Sawah bagi meningkatkan hubungan antara kampung, memudahkan urusan harian rakyat serta menyokong aktiviti ekonomi setempat.

Dalam aspek kesejahteraan rakyat, KKDW turut melaksanakan Program Bantuan Rumah (PBR) melibatkan pembinaan 2 unit rumah baharu dan baik pulih 6 buah rumah bagi memastikan lebih ramai keluarga menikmati kediaman yang selesa dan selamat.

17. Pada masa yang sama, peruntukan turut disalurkan kepada Kolej MARA Seremban bagi menaik taraf infrastruktur ICT dan memperkukuh program persediaan luar negara, sebagai sebahagian daripada usaha melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global.

POLITICAL NARRATIVE SETTING

18. BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan?

Isu:

Ada pihak mendesak Barisan Nasional supaya keluar daripada Kerajaan Perpaduan serta mendakwa BN telah mengenepikan rakan-rakan politik demi kepentingan sendiri.

Naratif:

Barisan Nasional menyertai Kerajaan Perpaduan bukan kerana tekanan politik, tetapi atas semangat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas PRU15 demi memastikan negara mempunyai sebuah kerajaan yang stabil.

Sejak hari pertama, pendirian BN jelas dan konsisten. Selagi mandat Kerajaan Perpaduan berjalan, BN akan menghormati komitmen yang telah dipersetujui dan mengutamakan kestabilan serta kepentingan rakyat mengatasi percaturan politik.

Soal kerjasama politik pada masa hadapan adalah hak dan prerogatif Barisan Nasional. Ia akan diputuskan oleh kepimpinan parti melalui saluran parti, berdasarkan kepentingan negara, parti dan rakyat, bukannya mengikut desakan atau tekanan mana-mana pihak.

19. Gelombang Biru Dari Johor Ke Negeri Sembilan 

Isu:

Kemenangan besar BN di Johor telah membuka naratif bahawa rakyat mula kembali memberi keyakinan kepada Barisan Nasional.

Naratif:

Negeri Sembilan kini menjadi medan seterusnya untuk membuktikan bahawa Gelombang Biru sedang berkembang. Namun, keyakinan ini tidak boleh menjadikan kita selesa. Kemenangan semalam tidak menjamin kemenangan esok. Barisan Nasional perlu terus bekerja kuat, turun ke bawah, mendengar suara rakyat dan meyakinkan pengundi bahawa BN bukan sekadar mahu menang, tetapi mahu kembali membina Negeri Sembilan dengan kepimpinan yang stabil, berpengalaman dan diyakini.

20. Persefahaman Politik Dalam PRN Negeri Sembilan

Isu:

Lawan mungkin cuba menggambarkan persefahaman BN dengan PAS di beberapa kerusi sebagai tanda kononnya BN tidak mampu mentadbir Negeri Sembilan secara sendiri.

Naratif:

(To deflect) Dalam menghadapi mana-mana pilihan raya, Barisan Nasional sentiasa mempunyai pertimbangan dan strategi. Tetapi strategi, kalau semuanya diceritakan, bukan lagi strategi namanya. Apa yang penting, keutamaan BN ialah memastikan kemenangan dahulu. Dalam sistem pilihan raya, kemenangan perlu dibina kerusi demi kerusi, DUN demi DUN, dengan pendekatan yang sesuai mengikut realiti politik setempat.

21. Isu Poster Boy Barisan Nasional Negeri Sembilan

Isu:

Siapakah poster boy Barisan Nasional bagi PRN Negeri Sembilan kali ini?

Naratif:

Ketika ini, Barisan Nasional Negeri Sembilan dipimpin oleh Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, seorang tokoh yang cukup berpengalaman dan telah terbukti pernah mentadbir Negeri Sembilan dengan baik.

Fokus utama BN sekarang ialah memastikan kemenangan terlebih dahulu. Insya-Allah, dengan mandat rakyat BN akan menawarkan seorang pemimpin yang mengembalikan kegemilangan Negeri Sembilan.

SOKONGAN KEPADA CALON BARISAN NASIONAL

22. DUN N.09 LENGGENG 

Di DUN N.09 Lenggeng, Barisan Nasional mempertaruhkan penyandang, Datuk Mohd Asna Amin.