
PUTRAJAYA: Pelajar yang turut membantu pensyarah dalam menghasilkan inovasi, termasuk pembangunan prototaip yang berpotensi dikomersialkan, wajar diberikan royalti sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan usaha mereka.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sumbangan mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan dan pembangunan sesuatu produk turut dihargai, selain pensyarah yang mengetuai penghasilan inovasi berkenaan.
“Pelajar-pelajar mesti diberikan royalti. Jangan pensyarah saja dapat, pelajar-pelajar wajib dapat, kerana mereka juga membantu berhempas pulas,” katanya semasa berucap merasmikan Festival Idea Putrajaya 2026 di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata universiti juga perlu menyediakan laluan jelas bagi setiap idea berpotensi, bermula daripada penghasilan prototaip, mendapatkan paten sebelum dibawa ke peringkat industri atau dikomersialkan. lebih lanjut >
