CYBERJAYA, 21 Julai – Empat mandat utama digariskan sebagai kompas strategik bagi memastikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu terus relevan, diyakini dan dihormati dalam mendepani cabaran masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat tersebut merangkumi peranan JIM sebagai pemudah cara pertumbuhan ekonomi, memperkukuh keselamatan dan kedaulatan negara, mempercepat transformasi digital serta inovasi perkhidmatan, selain memperteguh integriti, profesionalisme dan nilai kemanusiaan.